.

Monday, 5 October 2015

Peraduan Superbest Power at Giant

Semalam husband ajak ke Cameron Highland memandangkan stok madu dah habis,konon-konon nak carikan madu ler..madu asli bukan MADU lagi satu tu.hehehe...

Bertolakpun dah tengah hari jadi sampai pun petang.Sempat singgah ke KEA FARM beli sayur-sayuran dan strawbery jer. On the way balik singgah di GIANT KAMPAR Di pintu masuk terpampang poster peraduan SUPERBEST POWER dan GIANT. Macam menarik so why not saya try.Cari punyalah susah kat mana letaknya rak Kopi SUPERBEST POWER ni and at last saya jumpa. 

Giant Teluk Intan takde pulak contest ni.Syarat peraduan beli dua kotak samada KOPI atau SUSU KAMBING brand SUPERBEST POWER. Yang ada di rak KOPI PRACAMPUR sahaja so saya pun decide try kopi. Kita review sikit kopi ni yer..



KOPI PRACAMPURAN SUPERBEST POWER

Kopi Pracampuran Superbest Power diperkaya dengan aroma dan rasa yang enak dari biji kopi Arabica bersama gabungan Tongkat Ali, Ubi Jaga dan Ganoderma yang berupaya meningkatkan tenaga dan kecergasan tubuh badan di samping membantu memelihara kesihatan dalaman anda
.KHASIAT KOPI PRACAMPURAN SUPERBEST POWER
  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Membantu mengatasi masalah kencing manis
  • Membantu merawat gout
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Menyingkir toksin dalam tubuh
  • Mencegah pembentukan kolesterol dalam salur darah
  • Membantu mengatasi masalah migrain, kebas, sakit sendi dan otot
KANDUNGAN KOPI PRACAMPURAN SUPERBEST POWER
    • Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya meningkatkan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen anti-oksida yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
    • Ganoderma: Herba yang digelar herba ajaib ini amat terkenal dalam perubatan tradisional Cina kerana khasiatnya yang tinggi. Ganoderma Lingzhi mengandungi 16 jenis asid amino yang bersifat antioksidan dan berperanan membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Herba ini juga kaya dengan protein, polysaccharides dan triterpenes yang membantu menggalakkan pertumbuhan semula sel, melambatkan penuaan, meningkatkan sistem imunisasi. Di samping memelihara hati daripada kerosakan, Ganoderma Lingzhi juga berupaya menyahtoksin, melegakan alahan, meningkatkan tahap tenaga dan metabolisme, menggalakkan keupayaan mental serta menstabilkan tahap tekanan darah dan kadar gula dalaam darah.
    • Ubi Jaga: Ubi Jaga mampu meningkatkan tenaga jasmani dan seksual kaum lelaki selain meningkatkan tahap metabolisme dan menstabilkan tahap tekanan darah sekaligus memelihara kesihatan tubuh badan.
    • Kopi Arabica: Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkir toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
    • Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.

    CARA PENGAMBILAN KOPI PRACAMPURAN SUPERBEST POWER

    • Bancuh 1 paket Kopi Pracampuran Superbest Power bersama 200 ml air panas
    • Ambil setiap pagi dan petang untuk kecergasan berpanjangan

No comments:

Post a Comment