1st of all terima kasih kepada HACKS MALAYSIA kerana menganjurkan peraduan ini.Peraduan dilanjutkan lagi kerana sambutan menggalakkan daripada peminat gula-gula HACKS.Saya sendiri pun peminat gula-gula ini.Gula-gula berangin yang sedap dengan perisanya melegakan tekak
Seingat saya,saya dah poskan lebih kurang 16 penyertaan,setiap penyertaan mesti disertakan sekali 50pembungkus coklat HACKS. Saya ni lebih suka hantar apa-apa penyertaan secara kreatif walau tak diminta.So otak pun ligat berfikir apa nak buat.Saya kongsikan hasil idea dengan pembungkus gula-gula HACKS. Penghantaran mula-mula dulu saya buat frame tapi terlupa nak snap gambar.
Sekarang tinggal Hadiah Utama sahaja iaitu Perodua Axia,mungkin bukan rezeki saya,sebab dah 9 minggu nama tidak tersenarai tapi takpe saya seronok buat benda ni.Bilangan orang yang menghantar pun memang ramai sebab ada yang kata hantar sampai 100 borang.Apapun bersyukur kepada Allah.
Inilah borang peraduannya,menurut penganjur minggu ini ialah minggu persiapan cabutan akhir,moga ada rezeki saya.Kalau takde tak mengapa mungkin rezeki saya pada yang lain,tapi kalau ada kawan-kawan yang baca post ni doakan yer..Aamiin..