.

Saturday, 7 November 2015

Peraduan Teka Silangkata HACKS 'Menang dan Pandu" 2015

1st of all terima kasih kepada HACKS MALAYSIA kerana menganjurkan peraduan ini.Peraduan dilanjutkan lagi kerana sambutan menggalakkan daripada peminat gula-gula HACKS.Saya sendiri pun peminat gula-gula ini.Gula-gula berangin yang sedap dengan perisanya melegakan tekak
Seingat saya,saya dah poskan lebih kurang 16 penyertaan,setiap penyertaan mesti disertakan sekali 50pembungkus coklat HACKS. Saya ni lebih suka hantar apa-apa penyertaan secara kreatif walau tak diminta.So otak pun ligat berfikir apa nak buat.Saya kongsikan hasil idea dengan pembungkus gula-gula HACKS. Penghantaran mula-mula dulu saya buat frame tapi terlupa nak snap gambar.
Sekarang tinggal Hadiah Utama sahaja iaitu Perodua Axia,mungkin bukan rezeki saya,sebab dah 9 minggu nama tidak tersenarai tapi takpe saya seronok buat benda ni.Bilangan orang yang menghantar pun memang ramai sebab ada yang kata hantar sampai 100 borang.Apapun bersyukur kepada Allah.
Inilah borang peraduannya,menurut penganjur minggu ini ialah minggu persiapan cabutan akhir,moga ada rezeki saya.Kalau takde tak mengapa mungkin rezeki saya pada yang lain,tapi kalau ada kawan-kawan yang baca post ni doakan yer..Aamiin..






Saturday, 31 October 2015

VOUCHER BONIA RM150..

Saya tak ingat Contest yang mana dari Bonia.Rupanya announcement dah beberapa hari baru saya sedar.Dapat voucher bernilai RM150 dari Bonia boleh guna di laman web Bonia.Saya dapat beli Wristler Leather Bonia dengan menambah dalam RM49 kerana harga wrislet tu RM199 tidak termasuk postage.Alhamdulillah...


CIMB BANK NOSTALGIA CONTEST

salam..rezeki dari Allah..saya serta Peraduan CIMB Bank kerana kenangan lama yang terimbau masa kecil dulu.Favourite kami adik beradik coklat APOLLO.Hidup susah dan dapat makan sesekali ja coklat gitu,itu pun berkongsi tiga orang dengan adik-adik.Alhamdulillah kenangan saya menggamit juri.So dapatlah menang 'Batu Seremban" dari CIMB Bank dan dah selamat diterima.


Wednesday, 21 October 2015

Nathan Famous Malaysia

Hadiah lagi..syukur alhamdulillah..Menang voucher makanan bernilai RM50 dari Nathan Famous Malaysia.Before ni tak pernah dengar tentang restoren ni so i tanya cik google la.

Voucher belum sampai lagi tapi rasa excited juga nak kongsi cerita ni. Thank you Nathan Famous Malaysia.

Restoren ini terletak di sini:
 Antara menu-menu yang saya intai intai ialah frankfurters, fries, cheese steaks,burgers,chicken and fish classic,onion ring,dessert dan beverage.Adalah senarainya lagi.Harga not bad kalau ambil set dia. Tak sabar tunggu voucher sampai.Saya rasa dengan RM50 tu memang cukup kami berempat beranak. Bila-bila jalan-jalan Putrajaya boleh redeem. Thank Nathan Famous Malaysia

Voucher Kenny Rogers RM30

Selalunya makan Kenny Rogers Roaster mesti dalam lingkungan RM60 ke atas kalau bawak anak-anak.But this time kami makan tambah lagi RM30 lebih je sebab dapat voucher bernilai RM30 dari Kenny Rogers Malaysia.Depa bagi kad KRR yang kita boleh top up.Seingat saya dapat hadiah untuk Contest Sempena Hari Malaysia.


Apa yang perlu saya buat saya sign up kad KRR tu kat website dia di sini KAD KRR. kemudian boleh lah guna. Antara keistimewaan kad ini ialah:


Wednesday, 7 October 2015

New Dove Volume & Nourishment

Tengok kat iklan tentang Dove Volume & Nourishment macam best jer..So type kat google dan jumpa page ni.. DOVE VOLUME & NOURISHMENT ..
Ada shampoo dan juga conditioner yang baru katanya,so saya fill in form untuk dapatkan sample tu.Simple step ja,isi form nama,alamat no ic, dan no phone sahaja.Kalau nak cuba dapatkan sample percuma cubalah.Sayapun baru nak cuba ni New Dove Volume & Nourishment.

Monday, 5 October 2015

Peraduan Superbest Power at Giant

Semalam husband ajak ke Cameron Highland memandangkan stok madu dah habis,konon-konon nak carikan madu ler..madu asli bukan MADU lagi satu tu.hehehe...

Bertolakpun dah tengah hari jadi sampai pun petang.Sempat singgah ke KEA FARM beli sayur-sayuran dan strawbery jer. On the way balik singgah di GIANT KAMPAR Di pintu masuk terpampang poster peraduan SUPERBEST POWER dan GIANT. Macam menarik so why not saya try.Cari punyalah susah kat mana letaknya rak Kopi SUPERBEST POWER ni and at last saya jumpa. 

Giant Teluk Intan takde pulak contest ni.Syarat peraduan beli dua kotak samada KOPI atau SUSU KAMBING brand SUPERBEST POWER. Yang ada di rak KOPI PRACAMPUR sahaja so saya pun decide try kopi. Kita review sikit kopi ni yer..



KOPI PRACAMPURAN SUPERBEST POWER

Kopi Pracampuran Superbest Power diperkaya dengan aroma dan rasa yang enak dari biji kopi Arabica bersama gabungan Tongkat Ali, Ubi Jaga dan Ganoderma yang berupaya meningkatkan tenaga dan kecergasan tubuh badan di samping membantu memelihara kesihatan dalaman anda
.KHASIAT KOPI PRACAMPURAN SUPERBEST POWER
  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Membantu mengatasi masalah kencing manis
  • Membantu merawat gout
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Menyingkir toksin dalam tubuh
  • Mencegah pembentukan kolesterol dalam salur darah
  • Membantu mengatasi masalah migrain, kebas, sakit sendi dan otot
KANDUNGAN KOPI PRACAMPURAN SUPERBEST POWER
    • Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya meningkatkan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen anti-oksida yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
    • Ganoderma: Herba yang digelar herba ajaib ini amat terkenal dalam perubatan tradisional Cina kerana khasiatnya yang tinggi. Ganoderma Lingzhi mengandungi 16 jenis asid amino yang bersifat antioksidan dan berperanan membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan menghaluskan kulit. Herba ini juga kaya dengan protein, polysaccharides dan triterpenes yang membantu menggalakkan pertumbuhan semula sel, melambatkan penuaan, meningkatkan sistem imunisasi. Di samping memelihara hati daripada kerosakan, Ganoderma Lingzhi juga berupaya menyahtoksin, melegakan alahan, meningkatkan tahap tenaga dan metabolisme, menggalakkan keupayaan mental serta menstabilkan tahap tekanan darah dan kadar gula dalaam darah.
    • Ubi Jaga: Ubi Jaga mampu meningkatkan tenaga jasmani dan seksual kaum lelaki selain meningkatkan tahap metabolisme dan menstabilkan tahap tekanan darah sekaligus memelihara kesihatan tubuh badan.
    • Kopi Arabica: Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkir toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
    • Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.

    CARA PENGAMBILAN KOPI PRACAMPURAN SUPERBEST POWER

    • Bancuh 1 paket Kopi Pracampuran Superbest Power bersama 200 ml air panas
    • Ambil setiap pagi dan petang untuk kecergasan berpanjangan